Press Statement By CM Lim Guan Eng on Abu Backer Sidek At Penang State Assembly

312

Categories:

GEORGETOWN, May 20 – LAPORAN KEHADIRAN CALON AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR ABU BACKER SIDEK KE DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG SENGAJA “LANGGAR” KENDERAAN RASMI YAB KETUA MENTERI YANG TIDAK BERGERAK DAN BERDRAMA DENGAN PURA-PURA “CEDERA. PADA 20 MEI 2014, JAM 1.00 TENGAHARI OLEH PUAN TIRAYA BT. ABD. RAHIM, PENGAWAL KESELAMATAN PSUK, SELAKU PENGAWAL BERTUGAS DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Lebih kurang pada jam 1.00 tengahari kelihatan di hadapan pintu pagar Dewan bersebelahan pondok pengawal, seorang lelaki telah mendakwa dirinya calon bertanding, Parlimen Bukit Gelugor En. Abu Backer Sidek. Pertemuan Encik Mohd Abdul Rahman, Pegawai DUN, bersama beliau dimaklumkan beliau ingin berjumpa YAB. Ketua Menteri untuk tujuan menyerahkan beberapa dokumen kepada YAB Ketua Menteri. Pegawai DUN telah mengambil dokumen dan berjumpa YB Wong Hon Wai, Setiausaha Politik YAB. Ketua Menteri. YB. Wong Hon Wai meminta supaya En. Abu Backer membuat temujanji sekiranya ingin berjumpa YAB. Ketua Menteri.

Pegawai DUN telah memaklumkan perkara tersebut kepada En. Abu Backer, walau bagaimanapun beliau tidak bersetuju dan menimbulkan sedikit kekecohan kerana sukar dan tidak dapat berjumpa dengan YAB. Ketua Menteri. Setelah beberapa minit kemudian Pegawai DUN sekali berjumpa En. Abu Backer dan memaklumkan secara baik untuk membuat temujanji dan mengiringi beliau keluar dari perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. En. Abu Backer memberikan kerjasama untuk keluar dari perkarangan Dewan Undangan Negeri sambil memberikan kad nama beliau untuk diberikan kepada YAB. Ketua Menteri.

Lebih kurang pada jam 2.15 petang, En. Abu Backer masih berada di hadapan perkarangan Dewan Undangan Negeri. Apabila beliau melihat kenderaan YAB. Ketua Menteri keluar dari Dewan Undangan Negeri, beliau seterusnya mendekati kenderaan rasmi YAB. Ketua Menteri. Seramai enam (6) orang Pengawal Keselamatan PSUKPP cuba menghalangnya, walau bagaimanapun beliau berjaya melompat di hadapan kereta rasmi YAB. Ketua Menteri dan menendang plat nombor kereta di bahagian hadapan. Kemudian beliau sengaja “langgar” kenderaan rasmi yang tidak bergerak dan pura-pura jatuh seolah-olah beliau telah dilanggar oleh kereta rasmi YAB Ketua Menteri. Beliau juga berpura-pura “cedera” dan bergolek-golek di atas jalan.

Selepas itu, seorang Pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri telah menghubungi ambulans dan dalam 10 hingga 20 minit tidak lama kemudian ambulans tiba seterusnya telah membawa beliau ke Hospital.  Tindakan liar beliau sengaja menendang dan “melanggar” kenderaan rasmi Ketua Menteri merupakan satu kesalahan mengganggu Ketua Menteri sebagai penjawat awam. Akan tetapi pihak keselamatan tidak berniat untuk mengambil tindakan ke atas Abu Backer yang bertindak liar ini kerana tidak mahu terlibat dalam cara kempen beliau untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25hb Mei 2014.